Monday 22 July 2013

Ibadah yang gopoh

"Ustaz saya tak suka solat tarawih kat masjid tu..?"" Saya tanya pasai apa ...? "Lambat sangat baca slow mata cepat mengantuk... saya suka solat kat Masjid yang lagi satu sebab cepat... 1/2 jam selesai solat tarawih.

Satu daripada penyakit kalbu yang berbahaya dan boleh menjatuhkan manusia ke jurang maksiat dan boleh meluputkan pahala segala kebajikan ialah tindakan bergopoh-gapah (isti'jal). Mengikut Imam al-Ghazali, gopoh-gapah merupakan penyakit kalbu yang mendesak seseorang agar segera mengerjakan sesuatu urusan sebaik-baik sahaja terlintas di hati, tanpa perancangan dan pertimbangan terlebih dulu. Urusan itu lalu dikerjakan dengan terburu-buru nafsu. Khususnya dalam berbuat amal kebajikan, ada orang yang ingin segera mencapai martabat yang tinggi, lalu dengan tergopoh-gapah mengerjakan ibadat supaya segera mencapai hajatnya itu. Orang yang bergopoh-gapah seperti itu hanya akan bersungguh-sungguh mengerjakan ibadatnya pada peringkat awalnya saja. Apabila hajatnya, matlamat ibadatnya, tidak tercapai dalam masa yang singkat, dia mudah menjadi lemah dan terus kecewa, lantas dia meninggalkan kesungguhannya itu. Kesungguhan dan kegopohannya itu menyebabkan dia kepenatan dan tidak terdaya lagi hendak meneruskan ibadatnya. Sudahnya, kerja ibadatnya terbengkalai dan cita-cita ingin mencapai martabat idamannya itu luput dengan begitu saja. Dalam keadaan bergopog-gapah, kerapkali seseorang itu melakukan kesilapan sampai melakukan kerja di luar kebajikan pula atau menyeleweng dari syariat.

Umpamanya, jika berbicara, akan tergelincirlah lidah menuturkan kata-kata yang keji atau sia-sia. Jika makan atau minum, akan termakan atau terminum secara berlebihan atau pun makanan dan minuman yang haram atau syubahat menjadi pilihan. Mendoakan keburukan untuk diri sendiri atau untuk orang lain juga termasuk dalam penyakit bergopoh-gapah, sebagaimana firman Allah yang mafhumnya: "Dan manusia mendoakan kehajatan sebagaimana dia mendoakan kebaikan dan adalah manusia itu bersifat gopoh-gapah" (al-Isra' : 11) Dalam keadaan tertentu, memang ada orang yang mendoakan keburukan untuk orang lain. Umpamanya, seseorang yang dizalimi akan membanyakkan doa supaya penzalim yang berkenaan mendapat pembalasan segera daripada Allah. Jika doanya itu dimakbulkan, tentulah hatinya berasa senang dan puas, tetapi dia dikira telah melakukan kerja maksiat kerana tindakannya itu.

Lawan "gopoh-gapah" itu ialah "anaah", iaitu ciri kalbu yang membimbing seseorang supaya berlambatan dan tenang, penuh hemat atau berhati-hati mengerjakan sesuatu urusan, yakni terlebih dulu dikaji-selidik, dibuat perancangan dan pertimbangan yang saksama dan berpandangan jauh dengan membuat andaian-andaian tentang kemungkinan akan berlakunya keburukan atau risiko, lalu lebih dulu dirancang cara-cara mengatasinya. 

Keadaan yang demikian adalah merupakan ciri-ciri asas sifat warak. Sifat warak ini penting kerana pokok kepada ibadat itu ialah warak iaitu berhati-hati dan teliti dalam tindakan, penuh hemat dalam membuat pertimbangan terhadapa segala urusan. Jika sebaliknya, maka itulah yang dikatakan: Apabila berbicara, pembicaraannya akan tergelincir daripada kebenaran. Apabila makan, akan termakan makanan yang haram atau syubahat. Demikianlah juga dalam urusan yang lain. Dengan yang demikian, maka luputlah sifat waraknya. Amalan atau ibadat tanpa warak tidak akan menghasilkan kebajikan. 

Menurut Imam al-Ghazali : Sifat anaah itu merangkumi dua prinsip, iaitu tawaqquf dan taanni. Maksud tawaqquf ialah terlebih dahulu menyelidiki sesuatu urusan sebelum memulakan pelaksaannya sehingga ternyata kebenaran dan kebaikannya, manakala taanni bermaksud, berhati-hati-hati pada permulaan dan semasa melaksana sesuatu urusan supaya berjalan dengan lancar dan sewajaranya, sehingga tercapai matlamat. Tindakan berhati-hati dalam beribadat dan menangani segala urusan (mengikut konsep anaah) itu amat dituntut, manakala tergesa-gesa atau tergopoh-gapah (al-'ajalah) itu ditegah.

-ustaz-

Tuesday 12 March 2013

Kenapa sukar untuk saling hargai menghargai???


Kenapa sukar untuk saling hargai menghargai???

Sejak kecil saya sering melihat, ayah sebelum keluar dari rumah untuk kerja, ayah akan mencium dahi ibu sambil membisik ‘Abang Sayang Ayang’ di telinga ibu.

Ibu pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan kerja-kerja rumah menanti kepulangan ayah dari kerja.

Bila tiba waktu zohor, selepas solat, ibu akan menghantar satu sms untuk ayah bertanyakan sudah ayah makan tengahari.

Bila lepas azar, ibu akan mula ke dapur menyiapkan makanan untuk makan malam bersama ayah.

Ibu tidak bertanya apakah ayah malam ini akan pulang makan. Ibu selalu masak dan lepas itu barulah ibu menghantar sms ke ayah bertanya apakah ayah akan pulang untuk makan.

Jika ayah kata ya, ibu akan tunggu sehingga ayah balik baru makan, walaupun perut sudah berbunyi kuat tapi saya akan disuruh makan dulu tanpa menunggu ayah.

Satu malam, ibu bertengkar dengan ayah kerana ayah berkata sesuatu yang ibu tidak suka.

Pada sebelah paginya, ibu tetap menyediakan sarapan pagi untuk saya dan ayah. Saya lihat air mata ibu bertakung menunggu untuk tumpah.

Tapi ibu dan ayah tetap tidak bercakap antara satu sama lain.

Pagi itu, ketika ayah keluar pintu rumah, ayah tidak mengucup dahi ibu. Ibu pula buat tidak tahu dan tidak memberikan salam pada ayah.

Apabila kereta ayah sudah keluar, ibu menangis.

“Ibu, mengapa nangis?” tanya saya.

“Tak ada apa,” kata ibu yang melihat ke ruang tempat ayah meletak kereta yang kini kosong.

Ibu balik ke bilik melipat kain. Saya pula bersiap nak ke sekolah.

15 minit kemudian, ada kereta berhenti di depan rumah. Saya keluar melihat.

Ayah patah balik. “Mana Ibu?”

“Dalam bilik.”ujar saya

Ayah terus ke bilik. Saya mengikut. Ayah terus memeluk Ibu dan mencium dahinya dan membisik ‘Abang Sayang Ayang,’ di telinga Ibu. Ibu dan Ayah bersalaman dan memohon maaf antara satu sama lain.

Air mata ibu terus mengalir lagi dan ibu menangis tersesak-esak.

“Hati abang tak tenteram bila abang pergi kerja tanpa salam dan doa ayang,” kata ayah sebelum beredar balik ke kerja.

Ibu tersenyum semula.

“Ibu tadi menangis pasal ayah ke? Ibu senyum ini pun pasal ayah ke?”

“Anak ibu ini. Ya, ibu menangis dan senyum pun untuk ayah” jawab ibu.

“Ayah ini nakallah, sekejap buat ibu ngangis, sekejap buat ibu senyum,” kata saya.

“Tak. Ayah orang baik. Ibu yang sakitkan hati ayah semalam. Apa yang ibu nak ayah beri, tapi itu bukan sumber kegembiraan ibu. Ibu merajuk semalam tatkala ayah letih kerja kerana lupa belikan hadiah ulangtahun perkahwinan untuk Ibu. Ayah kata terlupa, Ibu pula terlebih kata ayah tidak menghargai Ibu dan lebih memntingkan kerja dari keluarga.

Biasalah perempuan ini mudah merajuk, walaupun salah, dia mengharapkan suaminya datang memujuknya semula. Tapi oleh kerana ayah tak buat demikian, ibu merajuk dalam hati tak cakap. Tapi bila ayah pergi kerja tak cium dahi ibu, ibu menangis bukan kerana ayah, tapi kerana ibu terasa terlepas peluang untuk berbaik dengan ayah, dan terasa ayah tak sayang kat ibu. Tapi apabila ayah balik mencium dahi ibu, ibu terasa ayah sangat sayang kat ibu dan ibu rasa diri ini amat dihargai, dan ibu sempat memohon maaf pada ayah, sebab itu ibu senyum,” kata ibu.

Saya tak berapa faham kata-kata ibu kerana masa itu kecil.

Sebelah malamnya, saya bertanya ayah ketika ibu sudah tidur keletihan.

“Ayah....., mengapa ayah patah balik pagi tadi?” tanya saya.

“Ibu dah bertungkus-lumus jaga keluarga ini dan ingin pastikan keluarga ini bahagia dan gembira. Tapi bila ibu tahu ayah terlupa beli hadiah ulangtahun perkahwinan untuk ibu, ibu terasa hati dan cakap ayah tidak menghargai ibu dan lebih mementingkan kerja dari keluarga. Ayah terguris sedikit, tapi ayah ada ego tak nak mengaku salah".

Masa memandu terfikir bagaimana ibu setiap hari membuat yang terbaik untuk sarapan dan menunggu ayah pulang untuk makan malam bersama, ayah terasa bersalah bertindak kejam pada ibu dengan tidak bersalaman dan mencium dahi ibu. Ayah pulang kerana ayah tahu ibu adalah orang terpenting, nadi dalam hidup ayah dan ayah tak boleh biarkan ibu sedih walaupun sesaat... Anak ayah akan faham bila dah kahwin nanti,” terang ayah.

Kini saya sudah berkahwin – saya akhirnya faham apa yang dilalui ayah dan ibu. Rupa-rupanya ombak yang melanda ayah dan ibu sekali-sekala ini bukan merosakkan hubungan tapi ia memperkuatkan lagi kasih sayang dan cinta dengan orang tersayang, setelah ombak itu reda kedua-dua akan memahami betapa pentingnya pasangan masing-masing dalam hidup mereka.

http://saidinhasnam.blogspot.com/

Monday 25 February 2013

(ISLAM) Sunat Selepas Akad Nikah – Ustaz Don


Sunat Selepas Akad Nikah – Seperti yang dilakukan oleh Ustaz Don Daniyal.

Kini ramai yang akan membina masjid baru dengan perkahwinan. Perkahwinan yang diberkati adalah apabila mematuhi suruhan Allah SWT dan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
Antara yang kita lihat, Ustaz Don Daniyal mengamalkan beberapa perkara sunat selepas akad nikah. Antaranya, meletakkan tangan di ubun-ubun atau dahi isterinya dan berdoa. Selain itu, Ustaz Don Daniyal solat sunat 2 rakaat.

Sunat Selepas Akad Nikah

1 -  Solat Sunat Selepas Akad Nikah
sunat selepas akad nikah
Niat Solat Sunat Nikah
“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”“
Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
  • Rakaat pertama:
  • Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
  • Rakaat kedua
  • Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
  • membaca doa selepas salam

2 – Sujud Syukur

3 - Suami memegang atau meletakkan tapak tangan diatas ubun-ubun atau kepala isteri dan berdoa.
sunat selepas akad nikah

“Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan: ‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.’  (Riwayat Abu Daud).
4 – Isteri bersalaman dengan Suami sambil cium tangan dan mengucapkan 2 Kalimah Syahadah (jangan fokus nak ambil gambar sahaja)

4 Perkara diatas ada dalam video Ustaz Azhar Idrus Dibawah:

  http://trigyy.com/2012/09/sunat-selepas-akad-nikah/

Wednesday 6 February 2013

Ya ALLAH ampunkan lah kami..

: KURNIAAN YANG MENJADI ISTIDRAJ


TAKUTLAH KAMU TERHADAP KURNIAAN ALLAH S.W.T YANG SELALU KAMU PEROLEHI SEDANGKAN KAMU MELANGGAR PERINTAH-NYA, JANGAN SAMPAIKURNIAAN ITU SEMATA-MATA ISTIDRAJ. (FIRMAN ALLAH S.W.T DALAM SURAH AL-A’RAF, AYAT 182): KAMI AKAN BINASAKAN MEREKA PERLAHAN-LAHAN DENGAN JALAN YANG MEREKA TIDAK SEDAR.

Orang kafir, musyrik, ahli maksiat, orang zalim dan lain-lain seumpama mereka, dalam kehidupan dunia ini selalu mendapat berbagai-bagai kemewahan. Merekalah yang memiliki sebahagian besar kekayaan dunia. Mereka juga memiliki ilmu pengetahuan yang menjadikan mereka kuasabesar di dunia. Mereka juga menguasai bidang-bidang sukan, muzik, kesenian dan lain-lain. Kumpulan manusia yang beriman pula terdiri daripadamereka yang lemah, tidak berpendidikan tinggi dan berkedudukan rendah dalam masyarakat. Kemewahan dan kesenangan yang dimiliki oleh mereka yang tidak beriman dan ahli maksiat mempesonakan sebahagian orang-orang Islam yang lemah imam. Mereka tidak dapat membezakan kurniaan yang mengandungi nikmat dan kurniaan yang telah dicabut nikmat daripadanya. Hikmat 75 ini menghuraikan perkaraberkaitan kurniaan yang tidak mengandungi nikmat, yang dinamakan istidraj. Istidraj bermaknakurniaan yang dihulur terus menerus kepada ahli maksiat. Kurniaan yang seperti ini membuat ahli maksiat bertambah lalai dan bertambah derhaka kepada Allah s.w.t. Apabila kelalaian dan kederhakaan mereka telah melampaui batas maka Allah s.w.t mendatangkan bala yang besar kepada mereka. Mereka adalah umpamaorang yang diangkat ke tempat yang tinggi sambil mereka menganggap pengangkatan itu sebagai satu kemuliaan namun, setelah mereka berada di tempat yang tinggi itu mereka dicampakkan ke bawah. Kejatuhan yang demikian memberi kesakitan yang lebih kuat. Allah s.w.t berfirman:Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada merekapintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehinggaapabila mereka bergembira dan bersukariadengan segalanikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), makamereka pun berputus asa(dari mendapat sebarang pertolongan). ( Ayat 44 : Surah al-An’aam )Ayat di atas memberi peringatan kepada kita agar jangan terpedaya dengan kurniaan yang terus menerus kita perolehi sedangkan kitaterus juga tidak berbuat taat kepada Allah s.w.t, sebaliknyakita asyik dengan kemaksiatan. Sekiranya kurniaan itu turun melalui saluran istidraj, kesudahannyakita akan mengalami kejatuhan dan penderitaan yang amat sangat. Waspadalah!Allah s.w.t sentiasa mengirimkan peringatan untuk mengajak manusia kembali ke jalan-Nya. Biasanya peringatan yang datang itu membawa bersama-samanya kesusahan yang menekan jiwa manusiaagar manusia insaf dan mahu kembali kepadaAllah s.w.t dengan merendahkan diri. Di dalam tempoh kemelaratan itu biasanya manusia menjadi insaf dan sukaberbakti pada jalan Allah s.w.t. Kemudian Allah s.w.t gantikan kemelaratan dengan kesenangan sebagai ujian untuk mengasingkan yang benar-benar insaf daripada yang pura-pura. Bila kesenangan sudah dirasai kembali orang yang tidak teguh imannya akan kembali kepada kemaksiatan dan kemunkaran. Mereka memberi alasan bahawa kesenangan dan kesusahan adalah lumrah kehidupan sebagaimana yang pernah dirasai oleh nenek moyang mereka yang dahulu, bukan berkait dengan soal berimanatau tidak seseorang itu kepada Allah s.w.t. Mereka kembali lalai dalam arus kesenangan dunia. Ketika merekasedang asyik leka itulah Tuhan datangkan kebinasaan kepada mereka.Dan Kami tidak mengutus dalam sesebuah negeri seorang nabi (yang didustakan oleh penduduknya), melainkan Kami timpakan mereka dengan kesusahan (kesempitan hidup) dan penderitaan (penyakit), supaya mereka tunduk merendah diri (insaf). Setelah (mereka tidak juga insaf) Kami gantikan kesusahan itu dengan kesenangan hingga mereka kembang biak (serta senang-lenang) dan berkata (dengan angkuhnya): “Sesungguhnya nenek moyang kita juga pernah merasai kesusahan dan kesenangan (sebagaimana yang kita rasakan)”. Lalu Kami timpakan mereka (dengan azab seksa) secara mengejut, dan mereka tidak menyedarinya. ( Ayat 94 & 95 : Surah al-A’raaf )Apabilaseksaan dan kebinasaan dari Allah s.w.t datang, tidak ada siapa dapat menghalangnya dan tidak adasiapa mampu menanggungnya. Orang yang menerimanya menjadi bingung, tidak tahu berbuat apa-apa.(Merekatidak diberitahu akan masa itu) bahkan (yang dijanjikan) itu akan datang kepada merekasecaramengejut, sertaterus membingungkan mereka; maka mereka tidak akan terdaya menolaknya, dan tidak akan diberi tempoh bertaubat. ( Ayat 40 : Surah al-Anbiyaa’ )Sudah banyak kaum-kaum yang dibinasakan Allah s.w.t melalui saluran istidraj. Firaun dan Namrud diberi tempuh yang panjang hidup di dalam kesenangan, kemewahan dankeseronokan. Kemudian Tuhan datangkan azab dengan tiba-tiba. Firaun dibinasakan di dalam laut dan Namrud dibinasakan oleh nyamuk. Qarun juga binasaketikaasyik dengan kekayaan. Begitu juga dengan kaum-kaum Nabi-nabi Nuh dan Luth.Orang-orang yang beriman sentiasamengawasi diri mereka agar kesenangan dan kemewahan tidak melalaikan mereka yang boleh menyebabkan mereka jatuh ke dalam suasana istidraj.

Tuesday 22 January 2013

Bolehkah aku mandikan jenazah suamiku ini...?




Terdapat suatu kisah di mana seorang isteri menangis-nangis kerana mahu mandikan jenazah suaminya. Bapa mertua dengan polis forensik tidak membenarkan.Sambil menangis isteri berkata“Ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu.. ”
Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk bertanya apahal yang terjadi, kemudian ustaz tu berkata : “Tidak mengapalah kalau isteri nak mandikan jenazah suami..” Lalu ustaz bersama beberapa orang lagi temankan si isteri memandikan jenazah suaminya.
Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, “Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti..”
Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata “Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku..”
Membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata “Tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang pada ku dan anak-anak, moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku”
Membasuh kaki jenazah suami smbil berkata “dengan kaki ini abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi, terima kasih abang…moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yang berlipat kali gandanya”
Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata “terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai seorang isteri redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu.”
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya. Semoga menjadi iktibar untuk kita bersama. InsyaAllah.
jika kita menghayati setiap bibit kata yang diterpancar dari mulut wanita ini, sudah tentu kita akan berasa sebak, lebih-lebih lagi jika kita sudah mempunyai seorang suami mahupun isteri. Didik dan bimbinglah isteri kita ke jalan yang lurus. Taatlah kepada suami kamu sebagaimana kami mentaati ibu bapa kamu


http://saidinhasnam.blogspot.com

MARI BERUBAH SEKARANG..

Ingin Berhijrah Tetapi Tidak Berubah ? Hijrah - perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain (mengikut konteks sirah). Jika diskopkan pada sikap ia merujuk kepada perubahan tingkah laku yang positif dari tingkah laku yang negatif. Azam - kemahuan (keinginan, cita-cita yang sangat kuat, tujuan) Kaitan hijrah dan azam yang baharu. Untuk melakukan perubahan, perpindahan yang positif dari sikap yang negatif memerlukan tujuan, niat yang baik agar apa yang dibuat menghasilkan natijah yang baik juga. Kemahuan, cita-cita yang baik amat perlu dalam melakukan perubahan. Dan ia didorong kerana terdapat faktor yang mendorong dan memotivasikan dirinya untuk berubah. Kita berazam untuk rajin solat berjemaah, sekaligus kita sedang cuba merancang untuk melakukan proses penghijarahan diri dari solat suka berseorangan kepada solat dengan beramai-ramai. Seorang pelajar yang sudah dewasa pemikirannya, apabila kakinya menjejakkan di kaunter pendaftaran pelajar baharu di sekolah mahupun di universiti sepatutnya sudah ada keazaman untuk ia berubah ke arah yang lebih baik. Pastilah perubahan itu memerlukan kepada tindakan, dan bukan hanya sekadar terbit di dalam hati dan diucapkan sahaja pada lidah.
Faktor yang mendorong perubahan ? Contohnya : seorang yang tahu keluarga hidup susah,akan mendorong dirinya untuk mengubah kehidupannya ke arah yang lebih baik. Ia akan mencari jalan untuk memperbaiki kehidupan dan bukan hanya duduk senang lenang mengharapkan emas turun dari langit. Ataupun hanya bergantung dengan belas ehsan orang lain. Biasa sekali ayah berkata kepada anaknya "Aku tidak meninggalkan harta kekayaan kepada kamu, tetapi ilmulah harta yang dapat ayah berikan". Pemimpin yang sedar bahawa ia bertanggungjawab terhadap orang di bawahnya, tentulah ia mengambil tahu hal ehwal apa yang berlaku pada kakitangannya. Untuk memperbaiki hubungan dengan rakan sekerjanya ia suka mengambil kira pandangan orang dan bukan hanya mendengar dari dirinya sahaja. Sebab ia tahu untuk menghasilkan satu gerak kerja yang cemerlang memerlukan kepada kerjasama semua pihak, bukan segolongan atau kepentingan diri sahaja. Apakah yang menghalang diri dari berubah ? Ia datangnya dari kelemahan diri dalam melawan hawa nafsu. Bagaimana hendak melawan sikap malas jika selesa hidup dengan kemalasan ? Perubahan yang positif memerlukan kita untuk melawan bisikan negatif dalam diri kita. Ia memerlukan kepada mujahadah. Untuk bangun solat subuh contohnya memerlukan kita melawan rasa mengantuk dan ingin menyambung tidur semula. Untuk menjadikan badan sentiasa sihat memerlukan kita melawan sikap malas untuk bersenam. Duri-duri yang menghalang dari berubah juga datangnya dari kawan-kawan yang punya sikap dengki dan iri hati. Kawan amat kuat pengaruhnya kepada diri kita. Yang menjadikan kita berbau busuk, kawanlah namanya dan yang menjadikan kita berbau wangi kawan juga namanya.

Thursday 17 January 2013

Lu jangan harap sangat pada ini orang bro.....

Salam Jumaat sahabatku.. 

Pesanan Ibrahim Adham1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.4.Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.5.Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.6.Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.7.Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya.


http://saidinhasnam.blogspot.com/2013_01_01_archive.html