Tuesday 22 January 2013

Bolehkah aku mandikan jenazah suamiku ini...?




Terdapat suatu kisah di mana seorang isteri menangis-nangis kerana mahu mandikan jenazah suaminya. Bapa mertua dengan polis forensik tidak membenarkan.Sambil menangis isteri berkata“Ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu.. ”
Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk bertanya apahal yang terjadi, kemudian ustaz tu berkata : “Tidak mengapalah kalau isteri nak mandikan jenazah suami..” Lalu ustaz bersama beberapa orang lagi temankan si isteri memandikan jenazah suaminya.
Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, “Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti..”
Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata “Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku..”
Membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata “Tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang pada ku dan anak-anak, moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku”
Membasuh kaki jenazah suami smbil berkata “dengan kaki ini abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi, terima kasih abang…moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yang berlipat kali gandanya”
Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata “terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai seorang isteri redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu.”
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya. Semoga menjadi iktibar untuk kita bersama. InsyaAllah.
jika kita menghayati setiap bibit kata yang diterpancar dari mulut wanita ini, sudah tentu kita akan berasa sebak, lebih-lebih lagi jika kita sudah mempunyai seorang suami mahupun isteri. Didik dan bimbinglah isteri kita ke jalan yang lurus. Taatlah kepada suami kamu sebagaimana kami mentaati ibu bapa kamu


http://saidinhasnam.blogspot.com

MARI BERUBAH SEKARANG..

Ingin Berhijrah Tetapi Tidak Berubah ? Hijrah - perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain (mengikut konteks sirah). Jika diskopkan pada sikap ia merujuk kepada perubahan tingkah laku yang positif dari tingkah laku yang negatif. Azam - kemahuan (keinginan, cita-cita yang sangat kuat, tujuan) Kaitan hijrah dan azam yang baharu. Untuk melakukan perubahan, perpindahan yang positif dari sikap yang negatif memerlukan tujuan, niat yang baik agar apa yang dibuat menghasilkan natijah yang baik juga. Kemahuan, cita-cita yang baik amat perlu dalam melakukan perubahan. Dan ia didorong kerana terdapat faktor yang mendorong dan memotivasikan dirinya untuk berubah. Kita berazam untuk rajin solat berjemaah, sekaligus kita sedang cuba merancang untuk melakukan proses penghijarahan diri dari solat suka berseorangan kepada solat dengan beramai-ramai. Seorang pelajar yang sudah dewasa pemikirannya, apabila kakinya menjejakkan di kaunter pendaftaran pelajar baharu di sekolah mahupun di universiti sepatutnya sudah ada keazaman untuk ia berubah ke arah yang lebih baik. Pastilah perubahan itu memerlukan kepada tindakan, dan bukan hanya sekadar terbit di dalam hati dan diucapkan sahaja pada lidah.
Faktor yang mendorong perubahan ? Contohnya : seorang yang tahu keluarga hidup susah,akan mendorong dirinya untuk mengubah kehidupannya ke arah yang lebih baik. Ia akan mencari jalan untuk memperbaiki kehidupan dan bukan hanya duduk senang lenang mengharapkan emas turun dari langit. Ataupun hanya bergantung dengan belas ehsan orang lain. Biasa sekali ayah berkata kepada anaknya "Aku tidak meninggalkan harta kekayaan kepada kamu, tetapi ilmulah harta yang dapat ayah berikan". Pemimpin yang sedar bahawa ia bertanggungjawab terhadap orang di bawahnya, tentulah ia mengambil tahu hal ehwal apa yang berlaku pada kakitangannya. Untuk memperbaiki hubungan dengan rakan sekerjanya ia suka mengambil kira pandangan orang dan bukan hanya mendengar dari dirinya sahaja. Sebab ia tahu untuk menghasilkan satu gerak kerja yang cemerlang memerlukan kepada kerjasama semua pihak, bukan segolongan atau kepentingan diri sahaja. Apakah yang menghalang diri dari berubah ? Ia datangnya dari kelemahan diri dalam melawan hawa nafsu. Bagaimana hendak melawan sikap malas jika selesa hidup dengan kemalasan ? Perubahan yang positif memerlukan kita untuk melawan bisikan negatif dalam diri kita. Ia memerlukan kepada mujahadah. Untuk bangun solat subuh contohnya memerlukan kita melawan rasa mengantuk dan ingin menyambung tidur semula. Untuk menjadikan badan sentiasa sihat memerlukan kita melawan sikap malas untuk bersenam. Duri-duri yang menghalang dari berubah juga datangnya dari kawan-kawan yang punya sikap dengki dan iri hati. Kawan amat kuat pengaruhnya kepada diri kita. Yang menjadikan kita berbau busuk, kawanlah namanya dan yang menjadikan kita berbau wangi kawan juga namanya.

Thursday 17 January 2013

Lu jangan harap sangat pada ini orang bro.....

Salam Jumaat sahabatku.. 

Pesanan Ibrahim Adham1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.4.Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.5.Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.6.Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.7.Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya.


http://saidinhasnam.blogspot.com/2013_01_01_archive.html

Tuesday 15 January 2013

Sifat Wudhu' Rasulullah


Assalammualaikum.. Bismillahirrahmanirrahim..Allahummasalli ala Muhammad.. 
Saya ada lampirkan pdf file bertajuk Sifat Wudhu' Rasulullah. Penerangan ttg penting nya wudhu' dalam solat dan dalam kehidupan. Di riwayatkan yg Rasulullah S.A.W pernah mendengar tapak kaki Bilal Bin Rabbah di dalam syurga sewaktu peristiwa isra' mikraj iaitu sahabat beliau yakni muazzin yg pertama yg mengazankan  setiap solat pada waktu tersebut. Bila ditanyakan kepadanya apakah rahsia sehingga baginda Rasulullah S.A.W mendengar demikian. Bilal menyatakan yg dia tidak pernah putus wudhu' dan sentiasa bersolat sunat selepas wudhu' sebelum azan.
Indahnya jika kita bersama dalam satu landasan sahabat, sama2 mengharapkan redhaNYA, mengikut sunnah Rasulullah dalam kehidupan, sebelum ajal menghadiri kerana mati itu pasti.. 
teringat satu ungkapan dari ustaz haslin baharin (ustaz bollywood) 
Tomorrow never die,But we will die,And we don't know when or where we die,So what is our preparation?
Maafkan Khilaf di diri ini akibat kedhaifan.. sama sama perbaiki diri, wlu ilmu tak tinggi, dakwah itu mesti. Mari Audit Diri. 
BarakAllahu Fikum..